SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam di dada di sebuah taman awam di Jalan Gambir di sini, kira-kira 12 tengah malam tadi.
Mangsa difahamkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Menurut maklumat awal, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa kes itu masih dalam siasatan lanjut.
“Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut terhadap kes ini,” katanya.
-- BERNAMA