Skip to main content

Malaysia

Tahanan rumah Najib: Peguam Negara mohon menghadap Agong perjelas persoalan perundangan

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar juga akan menyatakan pendirian untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda. - Gambar fail/Freepik
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar juga akan menyatakan pendirian untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda. - Gambar fail/Freepik
Advertisement

KUALA LUMPUR: Peguam Negara pada Sabtu memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memohon ampun berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar juga akan menyatakan pendirian untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda.

“Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta.

Advertisement

“Ia perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB,” ujar kenyataan itu.

Sebelum ini, Istana Negara menegaskan sebarang hujah yang mempersoalkan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak boleh dianggap sebagai tindakan menjurus kepada keingkaran terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Advertisement

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata pihaknya tidak pernah mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya mahu memastikan pelaksanaannya selaras dengan undang-undang.

Menurut AGC, status hukuman penjara Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International perlu dirujuk segera kepada mahkamah bagi mendapatkan penentuan dan arahan yang jelas.

Must Watch Video

Advertisement