awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India bantah keras vandalisme di konsulatnya di San Francisco

Bernama
Bernama
21/03/2023
07:00 MYT
India bantah keras vandalisme di konsulatnya di San Francisco
Beberapa orang yang dipercayai pemisah yang menuntut Khalistan sebagai negeri berasingan dari India, menyerang konsulat jeneral India. - Gambar Twitter
NEW DELHI: India pada Isnin membantah keras terhadap Amerika Syarikat (AS) berikutan vandalisme di konsulatnya di San Francisco, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar.
Beberapa orang yang dipercayai pemisah yang menuntut Khalistan sebagai negeri berasingan dari India, menyerang konsulat jeneral India, lapor Xinhua memetik media.
"Kerajaan AS diingatkan mengenai kewajipan asasnya untuk melindungi perwakilan diplomatik. Ia diminta mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian seperti itu berulang.
"Kedutaan kami di Washington D.C. juga menyuarakan kebimbangan kepada Jabatan Negara AS," menurut kenyataan rasmi kementerian itu.
Serangan serupa oleh pemisah Khalistani berlaku di Suruhanjaya Tinggi India di London pada Ahad, dan bantahan juga telah dibuat dengan pihak berkuasa United Kingdom (UK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Vandalisme
#San Francisco
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan