awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India bantah sekatan EU sasar loji penapis milik Rosneft di Gujarat

Bernama
Bernama
19/07/2025
02:50 MYT
India bantah sekatan EU sasar loji penapis milik Rosneft di Gujarat
Rosneft memiliki 49.13 peratus kepentingan dalam Nayara Energy Ltd, yang mengendalikan loji penapis dengan kapasiti 400,000 tong sehari di Vadinar. - Foto X/Financial Express
NEW DELHI: Sekatan perdagangan terbaharu Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia berhubung konflik Ukraine menimbulkan rasa tidak puas hati India apabila langkah itu menyasarkan sebuah loji penapis minyak mentah milik gergasi tenaga Rusia, Rosneft, di barat India.
EU pada Jumaat meluluskan pakej ke-18 sekatan yang menyasarkan sektor tenaga, perbankan dan ketenteraan Rusia, serta perdagangan dengan blok Eropah itu.
"Sekatan menyeluruh (pembekuan aset, larangan perjalanan, larangan menyediakan sumber) menyasarkan syarikat Rusia dan antarabangsa yang menguruskan kapal armada bayangan, pedagang minyak mentah Rusia dan pelanggan utama armada itu -- sebuah loji penapis di India dengan Rosneft sebagai pemegang saham utamanya," menurut kenyataan EU.
Kerajaan India berkata keselamatan tenaga adalah "amat penting" bagi negara itu dan menegaskan bahawa "tidak seharusnya wujud dwistandard" dalam perdagangan tenaga.
"Kami mengambil maklum mengenai sekatan terbaharu yang diumumkan oleh Kesatuan Eropah. India tidak menyokong sebarang langkah sekatan unilateral. Kami adalah pihak yang bertanggungjawab dan kekal komited sepenuhnya terhadap obligasi undang-undang kami," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Rosneft memiliki 49.13 peratus kepentingan dalam Nayara Energy Ltd, yang mengendalikan loji penapis dengan kapasiti 400,000 tong sehari di Vadinar, negeri Gujarat serta mempunyai lebih 6,000 stesen minyak di seluruh India.
Langkah EU itu termasuk menurunkan had harga minyak mentah Rusia daripada AS$60 kepada AS$47.6 setong, mengenakan sekatan baharu ke atas 'armada bayangan' kapal tangki, serta larangan transaksi ke atas saluran paip gas asli Nord Stream 1 dan 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan perdagangan
#EU
#Rosneft
#loji penapis minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan