Skip to main content

Malaysia

Mohamad Hasan bertemu Abbas Aragchi, tekankan kepentingan dialog berterusan

MOHAMAD ARAGHCHI
Kedua-dua pihak turut menegaskan keperluan kerjasama berterusan melalui platform pelbagai hala bagi menyokong keamanan dan kestabilan ekonomi antarabangsa.

NEW DELHI: Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Abbas Araghchi, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Negara Rakan BRICS di New Delhi, India hari ini.

Perbincangan menekankan kepentingan dialog berterusan bagi menangani kestabilan serantau, keselamatan perdagangan dan laluan maritim dalam suasana ketegangan global.

Kedua-dua pihak turut menegaskan keperluan kerjasama berterusan melalui platform pelbagai hala bagi menyokong keamanan dan kestabilan ekonomi antarabangsa.

Mohamad berada di New Delhi bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri BRICS yang menjadi antara platform persediaan utama menjelang Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS pada September depan.

Sepanjang mesyuarat itu, Mohamad dijadual menyampaikan kenyataan negara dalam dua sesi utama iaitu “BRICS@20: Building for Resilience, Innovation, Cooperation and Sustainability” serta “Reforms of Global Governance and Multilateral System”.

Antara fokus yang dijangka diketengahkan Malaysia termasuk isu multilateralisme, keselamatan tenaga, reformasi tadbir urus global, rantaian bekalan antarabangsa serta kepentingan negara-negara membangun.

Must Watch Video