awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dakwa tidak langgar Konvensyen Vienna apabila kurangkan kehadiran diplomat Kanada

Bernama
Bernama
20/10/2023
14:34 MYT
India dakwa tidak langgar Konvensyen Vienna apabila kurangkan kehadiran diplomat Kanada
Pemindahan diplomat Kanada ini akan menjejaskan perkhidmatan visa, imigresen dan konsular di misi diplomatik Kanada di India. - Gambar fail/Astro AWANI
NEW DELHI: India pada Jumaat berkata negara itu tidak melanggar Konvensyen Vienna dalam Hubungan Diplomatik apabila mengurangkan kehadiran pegawai diplomatik Kanada di negara itu.
Pada Khamis, Kanada mengesahkan kerajaan telah memanggil balik 41 daripada 62 pegawai diplomatnya dari India apabila kerajaan negara itu mengancam untuk membatalkan imuniti diplomatik mereka.
Ia merupakan episod terbaru dalam pertikaian berterusan antara kedua-dua negara berhubung pembunuhan seorang pemimpin Sikh Kanada pada Jun.
"Tindakan kami ini adalah selaras dengan Perkara 11.1 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik," menurut Kementerian Luar India.
Menteri Luar Kanada Melanie Joly pada Khamis berkata India telah "menyampaikan secara rasmi rancangannya untuk membatalkan imuniti diplomatik secara unilateral ke atas semua pegawai kecuali 21 diplomat dan tanggungan Kanada di Delhi" menjelang 20 Oktober.
Beliau yang mendakwa India melanggar konvensyen Vienna, berkata ancaman untuk membatalkan imuniti diplomat Kanada adalah "tidak munasabah dan memporak-perandakan keadaan."
Bagaimanapun, beliau berkata Kanada tidak akan bertindak balas terhadap isu itu.
Pemindahan diplomat Kanada ini akan menjejaskan perkhidmatan visa, imigresen dan konsular di misi diplomatik Kanada di India.
Kanada akan menghentikan semua perkhidmatan bersemuka di konsulatnya di Chandigarh, Mumbai dan Bangalore. Pada September, India menghentikan pemprosesan perkhidmatan visa untuk warga Kanada.
Menurut beberapa laporan media, ramai diplomat Kanada dari India telah dipindahkan ke Kuala Lumpur dan Singapura.
Kedua-dua negara itu terbabit dalam perbalahan diplomatik sejak Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan Hardeep Singh Nijjar, seorang warga Kanada berusia 45 tahun yang berasal dari India, yang menyokong pengerakan pemisah Khalistan.
Dia ditembak mati oleh dua lelaki bertopeng di luar gurdwara di Surrey di wilayah British Columbia.
India menyifatkan dakwaan Kanada itu sebagai tidak berasas.
Kanada telah meminta India untuk bekerjasama dalam siasatan berterusan ke atas pembunuhan aktivis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan berterusan
#pembunuhan aktivis
#Tidak Berasas
#imuniti diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan