awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus

Bernama
Bernama
27/01/2025
23:15 MYT
India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Hubungan antara kedua-dua negara menyaksikan kemerosotan serius selepas pertembungan maut antara tentera India dan China di Lembah Galwan di wilayah Ladakh pada Jun 2020. - Gambar hiasan/newdelhiairport.in
NEW DELHI: India dan China bersetuju untuk memulakan semula penerbangan terus sebagai tanda peningkatan hubungan antara kedua-dua negara.
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan pada Isnin.
Setiausaha Luar India Vikram Misri mengunjungi Beijing pada Ahad untuk lawatan dua hari dan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar China Sun Weidong.
"Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil langkah yang sesuai bagi mempromosikan dan memudahkan pertukaran rakyat dengan rakyat, termasuk interaksi media dan badan pemikir.
"Mereka bersetuju secara prinsip untuk menyambung semula penerbangan terus antara kedua-dua negara; pihak berkuasa teknikal yang berkaitan dari kedua-dua belah pihak akan mengadakan pertemuan dan merundingkan rangka kerja terkini untuk tujuan itu pada masa terdekat," menurut kenyataan India.
Perjanjian dengan China juga telah dicapai untuk menyambung semula ziarah Hindu ke Kailash Mansarovar pada musim panas ini.
Hubungan antara kedua-dua negara menyaksikan kemerosotan serius selepas pertembungan maut antara tentera India dan China di Lembah Galwan di wilayah Ladakh pada Jun 2020.
Mereka bersetuju pada Oktober tahun lalu untuk menarik balik tentera mereka di kawasan sempadan.
Semasa lawatannya, Misri telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi dan Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#India
#penerbangan terus
#Vikram Misri
#Beijing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan