awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India: Kerusi Parlimen Rahul Gandhi dikembalikan

Bernama
Bernama
07/08/2023
07:45 MYT
India: Kerusi Parlimen Rahul Gandhi dikembalikan
Rahul telah hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berikutan sabitan pada Mac oleh sebuah mahkamah di Gujerat berhubung kenyataannya yang dianggap menyinggung perasaan Perdana Menteri Narendra Modi. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi pada Isnin mendapat semula kerusi parlimen beliau selepas sabitan kes fitnahnya digantung pada Jumaat oleh Mahkamah Agung negara itu.
Rahul, yang mewakili Wayanad di Dewan Rakyat (Lok Sabha) telah hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berikutan sabitan pada Mac oleh sebuah mahkamah di Gujerat berhubung kenyataannya yang dianggap menyinggung perasaan Perdana Menteri Narendra Modi.
Pemimpin parti Kongres berusia 52 tahun itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun berhubung ucapan pada 2019 di mana beliau tertanya-tanya bagaimana 'semua penyamun ada perkataan Modi dalam nama keluarga' mereka.
Selain perdana menteri, ucapan beliau turut merujuk kepada taikun berlian Nirav Modi dan bekas ketua Liga Perdana India (IPL) Lalit Modi.
Dalam pada itu, Presiden parti Kongres, Mallikarjun Kharge menyambut baik keputusan mengembalikan semula kedudukan Rahul sebagai ahli parlimen.
"Ia memberi kelegaan kepada rakyat India dan terutamanya kepada Wayanad," kata Kharge.
Kembalinya Rahul ke parlimen berlaku pada saat yang genting ketika penggubal undang-undang akan memulakan perbahasan mengenai usul tidak percaya terhadap kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang diketuai oleh Modi pada Selasa.
Walaupun BJP boleh menolak usul tersebut dengan mudah, ahli parlimen pembangkang berhasrat untuk memberikan tentangan yang baik dan akan cuba mengheret kerajaan atas pelbagai isu, termasuk konflik etnik yang berterusan di negeri Manipur dan keganasan anti-Muslim di negeri Haryana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rahul Ghandi
#parlimen india
#Narendra Modi
#kes fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan