NEW DELHI:India telah meluluskan secara rasmi kegunaan dua vaksin COVID-19 bagi kegunaan kecemasan ketika negara itu bersedia melakukan proses vaksinasi secara besar-besaran.

Perbandaran kawal selia ubatan meluluskan kegunaan vaksin keluaran AstraZeneca bersama Universiti Oxford dan keluaran syarikat tempatan, Bharat Biotech.

Perdana Menteri Narendra Modi menyifatkan kelulusan tersebut sebagai satu titik perubahan.

Lebih 300 juta penduduk India telah diletakkan dalam senarai keutamaan untuk diberi vaksin tahun ini.

Negara berkenaan mencatatkan kes jangkitan COVID-19 kedua tertinggi di dunia dengan lebih 10.3 juta kes dicatat setakat ini dengan hampir 150,000 kes kematian.

Sabtu lepas, latihan memberi vaksin melibatkan lebih 90,000 petugas kesihatan diadakan di seluruh negara yang mempunyai 1.3 juta penduduk.

Ketua Pengawal Ubat-ubatan negara berkata, kedua-dua syarikat telah menyerahkan data berkenaan vaksin tersebut dan kedua-duanya itu menunjukkan ia selamat untuk digunakan.

Bagaimanapun, ahli parlimen pembangkang serta beberapa doktor menyelar kelulusan tersebut dimana proses tersebut didakwa tidak telus.

Penyelidik penyakit berjangkit, Dr Swapneil Parikh yang berpangkalan di Mumbai dilaporkan berkata, para doktor kini dalam keadaan serba salah.

"Saya faham proses berkenaan harus disegerakan, namun pihak kerajaan dan badan kawal selia harus telus berkenaan maklumat yang mereka kaji serta proses yang dilakukan bagi membuat keputusan untuk meluluskan vaksin berkenaan.

"Jika mereka tidak lakukan ini, ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai," jelasnya.

Vaksin keluaran AstraZeneca/Oxford itu dibuat oleh syarikat tempatan Serum Institute of India yang juga merupakan pengeluar terbesar vaksin di dunia.

Syarikat tersebut mengumumkan ia mampu mengeluarakn lebih 50 juta dos vaksin dalam sebulan.

Vaksin tersebut dikenali sebagai Covidshield di India dan sebanyak dua dos diperlukan dalam tempoh 4 sehingga 12 minggu.

Ia boleh disimpan dalam suu antara 2 hingga 8 darjah Celsius membuatkannya lebih mudah untuk diagihkan.