awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India, Malaysia perkukuh hubungan dalam keselamatan sosial, pekerjaan, mobiliti buruh

Bernama
Bernama
05/10/2025
21:15 MYT
India, Malaysia perkukuh hubungan dalam keselamatan sosial, pekerjaan, mobiliti buruh
India menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial, pekerjaan dan mobiliti buruh.
KUALA LUMPUR: India menegaskan semula komitmennya untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial, pekerjaan dan mobiliti buruh sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk memperluas perkongsian global dalam bidang berkenaan.
Menteri Kesatuan bagi Buruh dan Pekerjaan serta Hal Ehwal Belia dan Sukan India, Dr Mansukh Mandaviya telah mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong di luar Forum Keselamatan Sosial Sedunia (WSSF) Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) yang diadakan di sini baru-baru ini.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di sini, Dr Mandaviya mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan menganjurkan forum itu, yang mencerminkan komitmennya untuk memajukan keselamatan sosial di peringkat global sambil mengulangi kesediaan India untuk menyokong keperluan pasaran buruh Malaysia melalui pekerja profesional dan mahirnya.
"Kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan perkongsian India-Malaysia dengan mengenal pasti potensi besar untuk kerjasama dalam sektor seperti teknologi maklumat, tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur," tambah kenyataan itu.
India seterusnya mengesahkan kesediaannya untuk meneruskan pelaksanaan Memorandum Kerjasama yang dicadangkan antara Perbadanan Insurans Pekerja Kerajaan India (ESIC) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Malaysia, satu proses yang telah dimulakan dengan penyelarasan bersama Kementerian Hal Ehwal Luar India.
Pada forum yang sama, Dr Mandaviya turut bertemu dengan Presiden ISSA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed apabila beliau menekankan perluasan liputan perlindungan sosial India yang pesat - daripada 19 peratus pada 2015 kepada lebih 64 peratus pada 2025 yang memberi manfaat kepada 940 juta penduduk.
Menteri itu turut menyatakan pendekatan berasaskan digital yang diutamakan India melalui platform seperti e-Shram dan National Career Service (NCS) yang diiktiraf ISSA sebagai model amalan terbaik di peringkat global.
Dalam perkembangan berasingan, Dr Mandaviya juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Gender, Buruh dan Pembangunan Sosial Uganda, Betty Amongi Ongom yang memfokuskan kepada mobiliti bakat, infrastruktur digital dan pengukuhan hubungan ekonomi, termasuk dalam kerja raya, pertanian dan perubatan tradisional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#perkukuh kerjasama
#keselamatan sosial
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan