awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India-Pakistan setuju laksana gencatan senjata serta-merta, tamatkan ketegangan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/05/2025
13:28 MYT
India-Pakistan setuju laksana gencatan senjata serta-merta, tamatkan ketegangan
India dan Pakistan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta sekali gus menamatkan ketegangan yang berlarutan di wilayah bergolak Kashmir.
KUALA LUMPUR: India dan Pakistan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta sekali gus menamatkan ketegangan yang berlarutan di wilayah bergolak Kashmir.
Perkara itu diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi satu hantaran di platform X pada Sabtu.
Menurut Trump, persetujuan dicapai hasil perbincangan intensif sepanjang malam yang melibatkan wakil kedua-dua negara jiran berkenaan, dengan Amerika Syarikat memainkan peranan penting sebagai orang tengah.
pic.twitter.com/lRPhZpugBV
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) May 10, 2025
"Saya berbesar hati untuk mengumumkan India dan Pakistan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya dan serta-merta," katanya di sini.
Dalam kenyataan sama, Trump turut memuji kedua-dua negara atas pendekatan yang rasional dan penuh kebijaksanaan dalam menyelesaikan konflik yang mengorbankan banyak nyawa sejak beberapa minggu lalu.
"Tahniah kepada kedua-dua negara atas pendekatan rasional dan kebijaksanaan dalam mencapai persetujuan ini. Terima kasih juga atas perhatian terhadap perkara ini," tambah beliau.
Kawasan Kashmir yang menjadi rebutan antara India dan Pakistan sejak sekian lama, menyaksikan peningkatan ketegangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini susulan beberapa siri serangan dan tindakan ketenteraan balas antara kedua-dua pihak.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#gencatan senjata
#India
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan