awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu divaksinasi kurang alami 'long COVID' - Agensi kesihatan UK

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2022
00:36 MYT
Individu divaksinasi kurang alami 'long COVID' - Agensi kesihatan UK
Dr Ramsay berkata vaksinasi ialah cara terbaik untuk melindungi diri daripada simptom serius apabila dijangkiti dan juga boleh membantu mengurangkan kesan jangka panjang. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Gejala 'long COVID' kurang menjejaskan individu yang telah divaksinasi berbanding mereka yang belum mengambilnya.
Kesimpulan itu hasil daripada semakan baharu 15 kajian oleh Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) yang dikeluarkan pada Selasa.
UKHSA berkata individu yang menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Moderna atau satu dos vaksin J&J suntikan tunggal, hanya separuh mengalami simptom long COVID berbanding mereka yang tidak divaksinasi.
Ketua Imunisasi di UKHSA, Dr Mary Ramsay berkata, kajian ini menambah potensi manfaat menerima penuh vaksinasi COVID-19.
Jelasnya, vaksinasi ialah cara terbaik untuk melindungi diri daripada simptom yang serius apabila dijangkiti dan juga boleh membantu mengurangkan kesan jangka panjang.
UKHSA mengatakan bahawa dianggarkan 2 peratus penduduk UK telah melaporkan simptom long COVID, dengan gejala yang paling biasa ialah keletihan, sesak nafas dan sakit otot atau sendi.
Daripada empat kajian yang membandingkan simptom long COVID sebelum dan selepas vaksinasi, tiga mencadangkan lebih ramai individu melaporkan peningkatan dalam simptom long COVID dan bukannya semakin teruk selepas vaksinasi.
Tiga lagi kajian mendapati bahawa simptom long COVID bertambah baik pada mereka yang mendapat vaksin, berbanding mereka yang tidak divaksinasi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#UKHSA
#long COVID
#Mary Ramsay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan