Indonesia mencatatkan 3,269 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 187,537 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id, hari ini, sebanyak 85,178 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 82 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 7,832 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 44,280 kes, dengan tambahan 880 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,488 orang, diikuti Jakarta (1,252), Jawa Tengah (1,066), Sulawesi Selatan (368) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

-- BERNAMA