awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRK Kinabatangan, Lamag: SPR jangka peratusan keluar mengundi 65 peratus

Bernama
Bernama
10/01/2026
06:45 MYT
[TERKINI] PRK Kinabatangan, Lamag: SPR jangka peratusan keluar mengundi 65 peratus
Ramlan berkata jangkaan peratusan itu sama seperti yang disasarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tahun lepas. - Gambar/ Bernama
KINABATANGAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan sebanyak 65 peratus pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 24 Jan ini.

Ringkasan AI
  • SPR meramalkan 65 peratus pengundi akan mengundi pada PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Jan, sama seperti sasaran pada PRN Sabah tahun lepas.
  • Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, memberi jaminan bahawa proses pengiraan undi bagi PRK Kinabatangan dan DUN Lamag akan berjalan lancar tanpa kontroversi.
  • SPR menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya dan melarang bahan kempen yang berunsur perkauman serta hasutan, serta menyeru agar aktiviti kempen dijalankan secara harmoni dan mematuhi undang-undang.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata jangkaan peratusan itu sama seperti yang disasarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tahun lepas.
Beliau turut memberi jaminan proses pengiraan undi bagi PRK Kinabatangan dan DUN Lamag akan berjalan dengan lancar.
Jaminan itu diberikan susulan kontroversi yang pernah berlaku semasa proses pengiraan undi bagi kerusi DUN Lamag pada PRN Sabah.
"Kalau ada kelemahan, kita akan tambah baik dan perbaiki dalam proses pengiraan undi yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Dewan Sri Lamag, di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam kenyataan, Ramlan berkata SPR telah menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya untuk memantau semua aktiviti calon ketika berkempen, manakala seramai 39 pemerhati pilihan raya daripada sembilan organisasi turut mengambil bahagian bagi memastikan ketelusan PRK Kinabatangan dan Lamag.
Beliau menegaskan calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya tertakluk kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan untuk tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen yang mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti serta gambar pemimpin parti yang diwakilinya.
"Bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster hendaklah mengandungi nama dan alamat pencetak serta penerbitnya, kecuali bendera, poster simbol parti dan gambar pemimpin parti atau calon yang bertanding.
"Bahan kempen yang mengandungi perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman, menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan," katanya.
Ramlan berkata pihaknya berharap dan menyeru agar semua aktiviti kempen dijalankan secara harmoni serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
PRK Kinabatangan dan Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lepas. SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan adalah pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Lamag
#PRK Kinabatangan
#SPR
#peratusan keluar mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan