awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Gempa bumi bermagnitud 6.8 gegarkan perairan Pulau Mindanao, selatan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Calon BN yakin pertahan Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

Bernama
Bernama
10/01/2026
07:15 MYT
[TERKINI] Calon BN yakin pertahan Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Mohd Naim Kurniawan dan Mohd Ismail berarak ke pusat penamaan calon hari ini. - Gambar/ Bernama
KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar optimis pendekatan berstrategi serta berteraskan keikhlasan mampu menambat hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Ringkasan AI
  • Calon BN Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, yakin pendekatan strategik dan keikhlasan dapat menarik pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.
  • Mohd Ismail Ayob, calon BN DUN Lamag, berazam untuk menang dalam pertandingan lawan Warisan, namun melihat persaingan sebagai sesuatu yang sihat.
  • Calon Warisan, Saddi, berhasrat ubah stigma Kinabatangan sebagai daerah termiskin jika terpilih, manakala calon Bebas, Goldam, bertanding untuk memberi pilihan kepada pengundi dalam PRK tersebut.

Mohd Kurniawan Naim, 32, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan berkata beliau bertekad memastikan kesinambungan perkhidmatan di Parlimen berkenaan selepas pemergian bapanya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
"Sudah semestinya tanggungjawab ini besar. Namun hasil pengalaman selama dalam politik, insya-Allah saya akan berikan khidmat bakti secara lebih meluas. Semangat Allahyarham (Bung Moktar) akan selalu bersama saya," katanya kepada pemberita di Dewan Sri Lamag di sini hari ini.
Pada PRK yang bermula hari ini, Mohd Kurniawan Naim yang merupakan calon termuda ditentang dua pencabar, Datuk Saddi Abdul Rahman, 67, (Warisan) dan Goldam Hamid, 40, (Bebas).
Sementara itu, calon BN bagi DUN Lamag Mohd Ismail Ayob berkata beliau tidak memandang ringan cabaran yang dihadapi dan akan berusaha sebaik mungkin untuk meraih kemenangan dalam pertandingan satu lawan satu menentang calon Warisan Mazliwati Abdul Malek.
Mohd Ismail, 44, yang lebih dikenali dengan singkatan nama "MIHA" berkata meskipun Mazliwati adalah rakan seperjuangan dalam arena politik, namun beliau melihat pertembungan itu sebagai persaingan sihat.
"Dalam pilihan raya tiada istilah seri, yang ada cuma menang atau kalah. Justeru, perlu untuk kita berlawan dengan sebaik mungkin.
"Alhamdulillah, proses penamaan calon hari ini berjalan lancar. Harapannya agar anak muda seperti kami dapat diberi peluang untuk memimpin DUN Lamag dan juga Parlimen Kinabatangan," katanya.
Calon Warisan, Saddi pula bertekad mengubah stigma Kinabatangan sebagai antara daerah termiskin di Malaysia sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen, manakala Mazliwati, 53, memilih bertanding di peringkat DUN kerana skala kawasan yang lebih kecil bagi memudahkannya menumpukan perhatian kepada keperluan rakyat setempat.
Bagi calon Bebas yang juga peguam, Goldam, 40, keputusan menawarkan diri bertanding di PRK Kinabatangan adalah untuk memberikan pilihan kepada pengundi.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Dis lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga 11.59 malam, 23 Jan dan menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Naim Moktar
#PRN DUN Lamag
#PRK Kinabatangan
#Bung Moktar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan