JAKARTA: Siapa yang bakal dipilih sebagai Presiden Indonesia yang baharu pada Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 pada 14 Februari ini mempunyai peranan yang cukup signifikan dalam menjayakan visi Indonesia Emas 2045.
Menurut Pengarah Eksekutif Next Policy, Dr. Fithra Faisal Hastia, di ketiga-tiga calon (Anies Baswedan, Prabowo Subianto dan Ganjar Pranowo) mempunyai idea serupa untuk memajukan ekonomi Indonesia melebihi enam peratus dan mahu keluar dari perangkap pendapatan kelas menengah.
“Kalau kita lihat narasinya ada perbedaan sedikit misalnya calon nombor 1 (Anies) tidak mahu Ibu Kota Nusantara (IKN) sebaliknya mahu membangunkan 40 kota Indonesia.
“Calon nombor 2 (Prabowo) dan calon nombor 3 (Ganjar) masih terkait IKN, tetapi dalam konteks kesejahteraan sosial calon nombor 2 mahu beri makan siang dan susu gratis (percuma) manakala calon 3 mahu beri internet gratis,” katanya kepada Astro AWANI.
Walaupun disifatkan idea yang diketengahkan calon itu baik, namun Dr. Fithra mempersoalkan adakah anggaran untuk menyediakan peruntukan (menunaikan janji-janji) itu mencukupi.
Ini jelasnya, banyak lagi keutamaan lain perlu diberi perhatian dan harus lebih realistik.
“Ketika mana mereka sudah menjadi presiden dan wakil presiden tiga bulan pertama adalah bulan madu (mereka) akan bercerita tentang harapan-harapannya. Tetapi tiga bulan berikutnya ia memasuki fakta yang ada.
“Pada akhirnya apabila kita membandingkan dengan Presiden-Presiden sebelum ini sama sahaja. Yang jelas kita tidak butuh (perlu) presiden yang sama saja. Kita butuh (perlu) Presiden yang mampu membawa ekonomi atas enam peratus," ujarnya.
Tambah penganalisis ekonomi itu, jika tiada langkah-langkah stategik berkaitan ekonomi, ia akan beri kesan kepada pelaksanaan visi Indonesia Emas 2045.
“Bukan satu putaran atau dua putaran, bukan siapa yang berkuasa tetapi apa yang dilakukannya dalam 100 hari dan kemudian setahun (pemerintahan), kalau tiada tanda-tanda pembaikan yang bererti pasaran tidak pasti dengan Indonesia Emas 2045,” katanya lagi.
Pemilihan Umum (Pemilu) Indonesia 2024 pada 14 Februari ini bakal menyaksikan 205 juta pemilih berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilpres dan Pemilu Legislatif (Pileg) yang diadakan serentak.
Essan Yahya, Fauzi Zin
Mon Feb 12 2024
Antara yang dipersoal adalah tentang sama ada anggaran untuk menyediakan peruntukan bagi menunaikan janji-janji setiap calon itu mencukupi.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Biarpun Jauh Di New York, Cinta Laura Kiehl Tak Lepas Tanggungjawab Mengundi Sempena PEMILU 2024
Teknologi terkini, media sosial lancarkan Pemilu 2024 di Sabah
Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.
Pertama kali sertai politik, Once Mekel rayu rakyat Indonesia di Malaysia mengundinya
Once merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang mewakili kawasan Daerah Khas Ibukota (DKI) Jakarta II meliputi Jakarta Selatan serta Jakarta Pusat.
Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”
Ratusan ribu penyokong calon presiden dan wakil presiden nombor 1 Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar membanjiri Jakarta International Stadium bagi menghadiri kempen terakhir pada Sabtu.
Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab.
Indonesia: Lebih 205 juta pengundi layak mengundi pada pilihan raya 2024
Lebih 205 juta rakyat Indonesia yang tinggal di dalam dan luar negara layak mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Feb 2024, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).