awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia gesa UNHCR ambil tindakan segera berhubung penempatan Rohingya

Bernama
Bernama
13/12/2023
22:00 MYT
Indonesia gesa UNHCR ambil tindakan segera berhubung penempatan Rohingya
Retno Marsudi menekankan kepentingan menangani isu pelarian Rohingya bagi mengelakkan beban yang tidak sepatutnya ke atas negara lain terutamanya Indonesia. - Foto fail/Agensi
JAKARTA: Indonesia meminta Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menggesa negara-negara di bawah Konvensyen Pelarian mempercepat penempatan semula pelarian Rohingya.
Menteri Luar Retno Marsudi membuat gesaan itu semasa mengadakan pertemuan dengan UNHCR di Geneva, sambil menekankan kepentingan menangani isu pelarian Rohingya bagi mengelakkan beban yang tidak sepatutnya ke atas negara lain terutamanya Indonesia.
Semasa pertemuan itu, beliau membincangkan isu mendesak mengenai pelarian Rohingya yang memasuki wilayah Indonesia dan kebimbangan mengenai kes pemerdagangan orang.
"Dalam pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Filippo Grandi, (beliau) memahami cabaran yang dihadapi Indonesia," katanya dalam sidang media secara maya pada Rabu.
Menurut data terbaharu UNHCR, lebih 1,200 warga Rohingya tiba di Indonesia sejak November dan sekurang-kurangnya 300 daripadanya tiba di Aceh dalam tempoh seminggu lalu.
Retno berkata Agensi Pelarian PBB berikrar membantu menyelesaikan isu terbabit dengan memberikan bantuan menyokong kehidupan pelarian Rohingya.
Pada Isnin, Presiden Joko Widodo berkata kerajaannya telah menyediakan tempat perlindungan sementara untuk pelarian Rohingya yang tiba di wilayah Indonesia.
Minggu lalu, beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai jenayah pemerdagangan orang yang dikaitkan dengan peningkatan jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Indonesia, khususnya di Aceh.
Jokowi mengarahkan Menteri Koordinator Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Mahfud MD untuk menangani isu berkenaan.
Indonesia belum menyertai Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun masih berpegang kepada tradisi lama dengan memberikan akses dan menjadi tuan rumah kepada pelarian, berpandukan undang-undang pelarian kebangsaan yang digubal pada Disember 2016.
Undang-undang itu membenarkan perlindungan sementara sehingga lebih banyak penyelesaian kukuh dibuat bagi pelarian di negara itu, menurut UNHCR Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rohingya
#pelarian
#Indonesia
#UNHCR
#Retno Marsudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan