awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia keluar amaran peningkatan mangsa pemerdagangan manusia

Bernama
Bernama
09/10/2024
09:00 MYT
Indonesia keluar amaran peningkatan mangsa pemerdagangan manusia
Indonesia menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara ASEAN untuk membanteras pemerdagangan manusia secara berkesan. - Gambar hiasan
JAKARTA: Indonesia telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa pemerdagangan manusia di Asia Tenggara, terutamanya mereka yang dipaksa melakukan penipuan dalam talian dengan memberi amaran bahawa trend itu boleh menjejaskan pertumbuhan serantau.
Pada Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-28 yang diadakan di Vientiane, Laos, pada Selasa, Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Hadi Tjahjanto menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara ASEAN untuk membanteras pemerdagangan manusia secara berkesan.
"Jika isu ini tidak diambil serius, Asia Tenggara berisiko menjadi 'pusat penipuan' dan bukannya hab pertumbuhan," katanya memberi amaran.
Hadi menyeru perhatian segera terhadap Deklarasi Pemimpin ASEAN mengenai Membanteras Pemerdagangan Orang, terutamanya yang berpunca daripada penyalahgunaan teknologi.
Walaupun ASEAN telah mewujudkan perjanjian mengenai kerjasama penguatkuasaan undang-undang, termasuk Bantuan Guaman Bersama ASEAN, beliau menggesa agar Perjanjian Ekstradisi ASEAN dimuktamadkan dengan cepat untuk memperkukuh usaha menentang jenayah rentas sempadan di rantau ini.
Menurut kenyataan kementerian itu, Hadi memuji negara-negara anggota kerana melaksanakan hampir 100 peratus Rangka Tindakan Komuniti ASEAN 2025 semasa mesyuarat berkenaan.
Beliau menyuarakan harapan agar Visi ASEAN 2045 dapat direalisasikan dengan segera untuk mempersiapkan rantau ini menghadapi cabaran masa depan.
Delegasinya juga menekankan kepentingan menahan diri di Laut China Selatan untuk mengelak ketegangan yang boleh membawa kepada konflik terbuka.
Republik itu menyokong penyelesaian segera Kod Tatalaku di Laut China Selatan sebagai cara untuk mengekalkan keamanan, sambil menyeru pengukuhan keselamatan maritim melalui Forum Maritim ASEAN (AMF) dan AMF Diperluas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#pemerdagangan manusia
#ASEAN
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan