JAKARTA: Kerajaan Indonesia menekankan keperluan untuk meneruskan projek perkhidmatan feri pengangkut kenderaan (RORO) yang menghubungkan Dumai di wilayah Riau dan Melaka, Malaysia.
Presiden Joko Widodo menjelaskan projek tersebut akan meningkatkan kesalinghubungan koridor ekonomi di bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Beliau dalam satu kenyataan memberitahu ini selaras dengan keutamaan Indonesia untuk membina kesalinghubungan fizikal seperti pelabuhan, lapangan terbang dan jalan tol termasuk Trans-Sumatera yang merentasi Pulau Sumatera.
Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi mengumumkan perkara itu di luar Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan semasa Sidang Kemuncak IMT-GT ke-14 di Phnom Penh, Kemboja semalam.
Wilayah Riau dan kerajaan Melaka dilaporkan akan membuka semula perbincangan mengenai kesinambungan projek feri RORO Dumai-Malacca selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.
Gabenor Riau, H. Syamsuar serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengadakan perbincangan itu pada Mei tahun ini.
Jokowi berkata usaha mempercepatkan kesalinghubungan fizikal akan membantu pertumbuhan serta visi ekonomi subrantau itu untuk menjadi subrantau bersepadu, inovatif, inklusif dan mampan menjelang 2036.
Sektor pelancongan juga perlu dihidupkan semula melalui pemasaran digital, pembangunan pelancongan lestari dan pelancaran inisiatif Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025.
Katanya lagi, walaupun pelancongan halal terus dibangunkan, subrantau perlu mengenal pasti peluang ekonomi hijau yang tepat bagi mencapai pembangunan tenaga lestari, seperti yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Pembangunan Bandar Hijau 2019-2036.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022

Jokowi berkata usaha mempercepatkan kesalinghubungan fizikal akan membantu pertumbuhan serta visi ekonomi subrantau itu. - Foto fail/Instagram

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa Ahad
Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

'Saya akan teruskan perkhidmatan di Tambun walau ada kekangan' - Ahmad Faizal
Walaupun tewas pada PRU15 lalu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parlimen Tambun.

Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.

Zambry bersama menteri-menteri ASEAN bertemu Jokowi sebelum Mesyuarat ACC
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk usaha mengukuhkan ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Jokowi optimis ASEAN kekal relevan meski berdepan krisis global
Tidak mudah bagi Indonesia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berikutan krisis ekonomi, tenaga, makanan dan perang sedang melanda dunia.

2023 uji kecekalan kepimpinan Indonesia dalam ASEAN
Selepas berjaya menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G20 pada November tahun lalu, pemerhati geopolitik yakin dengan kepimpinan Indonesia di ASEAN.

Tahap kepuasan rakyat terhadap Jokowi berada di tahap tertinggi
Lonjakan lebih 10 mata itu meletakkan Jokowi pada kadar penerimaan tertinggi yang dicatatkan oleh LSI.

Tekad baharu hubungan istimewa Malaysia-Indonesia
Kenaikan seorang Perdana Menteri di Malaysia, negara pertama yang akan dilawatinya adalah Indonesia.

Senarai kerjasama MoU, MoC, LoI dimeterai sempena lawatan Perdana Menteri ke Indonesia
Perdana Menteri menyaksikan pertukaran sembilan memorandum persefahaman (MoU) melibatkan syarikat-syarikat Malaysia bagi pelbagai projek dan kerjasama selain sesi penyerahan surat hasrat (LoI).

Anwar dan Jokowi sepakat kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Jokowi sepakat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala natara Malaysia dan Indonesia.

Lawatan Anwar ke Indonesia sangat signifikan, beri impak besar
Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia disifatkan sangat signifikan dan memberi impak yang besar kepada hubungan dua hala kedua-dua negara.

Indonesia sahabat sejati, 12 perkara bakal dibincangkan dengan Jokowi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo esok (Isnin) bakal menyentuh 12 perkara.

10 syarikat Malaysia lahir hasrat terlibat pembangunan Nusantara Indonesia
Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, di Kalimantan Timur.