JAKARTA: Indonesia memperuntukkan lebih 3 trilion rupiah Indonesia (kira-kira AS$175 juta) bagi memperkukuh sistem pengairan menjelang ramalan musim kemarau yang berpanjangan, kata Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman pada Selasa, lapor Xinhua.
Amran berkata program itu menyasarkan 1.5 juta hektar kawasan pertanian. Ia memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh infrastruktur, mengoptimumkan penggunaan tanah, dan penggunaan pam air.
Advertisement
Di sebalik tinjauan iklim tersebut, Amran berkata stok makanan negara kekal mencukupi untuk tempoh 11 bulan, jauh melangkaui unjuran tempoh enam bulan fenomena El Nino.
Menteri itu menekankan bahawa kejayaan program berkenaan bergantung kepada penyelarasan antara kerajaan pusat dan wilayah bagi menjamin keselamatan makanan serta melindungi mata pencarian petani.
-- BERNAMA-XINHUA