JAKARTA: Indonesia melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Indonesia (AID Indonesia) menghantar 10 juta dos vaksin polio ke Afghanistan yang bakal memberi manfaat kepada 3.3 juta kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan bahawa sumbangan vaksin yang dihasilkan oleh pengeluar vaksin Indonesia Bio Farma itu, memperlihatkan komitmen negara kepada rakyat Afghanistan.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) akan menyelaraskan pengangkutan dan pengedaran vaksin dengan kerjasama pihak berkuasa Afghanistan.
Menteri Luar Retno Marsudi yang merujuk Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan bahawa Afghanistan kini menghadapi situasi kemanusiaan yang mencabar dengan kira-kira 23.7 juta rakyat Afghanistan memerlukan bantuan.
Beliau menekankan tanggungjawab Indonesia untuk membantu, memetik permintaan daripada Afghanistan untuk sumbangan vaksin polio dan kepakaran Indonesia dalam menghasilkan dan mengeksport vaksin berkenaan.
Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati yang menekankan prinsip pengasas AID Indonesia, menegaskan perpaduan dalam kalangan negara membangun dan penjajaran dengan matlamat di bawah Matlamat Pembangunan Mampan.
Beliau berkata agensi itu telah menyediakan geran pembangunan berjumlah 356.58 bilion rupiah (US$22.87 juta) kepada 49 negara sahabat, termasuk Palestin, Ukraine, Myanmar dan Fiji sepanjang tempoh empat tahun pentadbirannya.
Indonesian AID yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan, menyelia peruntukan dana kerjasama pembangunan antarabangsa untuk membantu kerajaan atau institusi asing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Kementerian Luar memaklumkan bahawa sumbangan vaksin yang dihasilkan oleh pengeluar vaksin Indonesia Bio Farma itu, memperlihatkan komitmen negara kepada rakyat Afghanistan. - Gambar Kementerian Luar Indonesia
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Indonesia sumbang 10 juta dos vaksin polio kepada Afghanistan
Indonesia melalui AID Indonesia menghantar 10 juta dos vaksin polio ke Afghanistan yang bakal memberi manfaat kepada 3.3 juta kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.