awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei

Bernama
Bernama
04/05/2024
14:45 MYT
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini. - Gambar fail
KUCHING: Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan merasmikan mesyuarat itu pada 6 Mei.
Beliau berkata lima rang undang-undang akan dibentang iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2023), Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024), Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pelabuhan Sarawak, Rang Undang-Undang Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan).
"Kedua-dua rang undang-undang perbekalan tambahan dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pelabuhan Sarawak akan dibentang oleh Timbalan Premier serta Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
"Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pula akan membentangkan Rang Undang-Undang Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohamad Asfia juga berkata Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak pula akan dibentang oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata sejumlah 352 soalan akan dibangkitkan pada persidangan itu dengan 267 daripadanya akan dijawab secara lisan manakala 85 lagi secara bertulis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Sarawak
#Dewan Undangan Negeri
#bersidang
#mei
#Mohamad Asfia Awang Nassar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan