ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar permintaan kerajaan negeri berkaitan projek pembangunan di Kedah.
Beliau berkata semasa Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah yang berlangsung hari ini, Perdana Menteri telah memberikan maklum balas yang baik terhadap permintaan kerajaan negeri dan turut memberikan kelulusan segera kepada beberapa projek.
"Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang turun ke negeri-negeri dan hari ini di Kedah agak harmoni dan kita terus sampaikan hasrat kita kepada Perdana Menteri.
"Respons yang baik daripada Perdana Menteri, mana permintaan yang boleh lulus, beliau terus lulus, mana yang perlu kepada perincian daripada kementerian, beliau tanya terus kepada Ketua Setiausaha kementerian terbabit," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Wisma Darul Aman di sini.
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Beliau berkata antara projek yang diutarakan oleh kerajaan negeri untuk kelulusan dan bantuan fiskal daripada Kerajaan Persekutuan ialah kemudahan infra di kawasan kampung tersusun serta bantuan pengekalan tanah sawah.
Muhammad Sanusi berkata turut dibincang penyelesaian terhadap penempatan penduduk di Kampung Bukit Malut, Langkawi dan kerajaan negeri bersedia membantu Kerajaan Persekutuan.
"Cadangan daripada Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) tadi ada... beliau cadangkan supaya disegerakan penyelesaian isu di Bukit Malut, Langkawi dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, kita ready dah itu," katanya.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa lebih sejam mendengar taklimat pembangunan negeri pada mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Turut hadir Saifuddin Nasution, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri di Darul Aman Park, hari ini. - Foto BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
Representasi Sanusi batal dua tuduhan menghasut ditolak
Datuk Masri Mohd Daud berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Sanusi, sebelum ini.
'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.