awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia sumbang US$5 juta sokong rancangan tangani pandemik

Bernama
Bernama
11/03/2022
23:42 MYT
Indonesia sumbang US$5 juta sokong rancangan tangani pandemik
Budi G Sadikin, Menteri Kesihatan Indonesia. - Facebook Kementerian BUMN
JAKARTA: Indonesia menyumbang US$5 juta kepada Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) bagi membantu rancangan organisasi itu menangani pandemik dan epidemik.
Menteri Kesihatan Indonesia Budi G. Sadikin berkata, komitmen kewangan itu selaras dengan usaha negara itu memperkukuh kesihatan global, sejajar dengan komitmen Indonesia selaku presiden Kumpulan 20 (G20).
“Saya percaya bahawa kita perlu bekerjasama, dan Indonesia bersedia memberi komitmen kepada CEPI,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
"Komitmen kami demi kebaikan sejagat, tidak meninggalkan sesiapa pun, dan mempersiapkan dunia berdepan pandemik seterusnya."
Penderma utama menyumbang sejumlah US$1.5 bilion kepada CEPI pada Sidang Kemuncak Kesiapsiagaan Pandemik Global yang berlangsung selama dua hari di London bermula 7 Mac.
United Kingdom, Jepun, Norway, Amerika Syarikat, Jerman, Australia, Yayasan Bill Melinda Gates dan Wellcome Trust antara penderma terbesar.
CEPI merupakan kerjasama inovatif antara sektor awam, swasta, dermawan dan sivil, dilancarkan di Davos pada 2017,
Gabungan itu bertujuan memiliki vaksin yang selamat dan berkesan dalam tempoh 100 hari selepas ancaman pandemik atau wabak dikenal pasti serta meningkatkan pengeluaran vaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Budi G Sadikin
#CEPI
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan