Skip to main content

Advertisement

Dunia

Indonesia tangguh penghantaran pasukan pendamai ke Gaza

51738060610_TBGaza.jpg
Indonesia telah menangguhkan rancangannya untuk menghantar pasukan pendamai ke Gaza, menurut Kementerian Luar pada Selasa. - Gambar fail

JAKARTA: Indonesia telah menangguhkan rancangannya untuk menghantar pasukan pendamai ke Gaza, menurut Kementerian Luar pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Luar, Nabyl A. Mulachela mengesahkan langkah itu sebagai maklum balas kepada laporan mengenai kemungkinan pengerahan tentera antarabangsa di Semenanjung Gaza seawal Mei ini.

Advertisement

"Kami ingin memaklumkan bahawa penghantaran pasukan pendamai Indonesia ke Gaza kini ditangguhkan dan semua perbincangan berkaitan Lembaga Keamanan (BoP) kekal digantung," katanya menurut Agensi Berita ANTARA pada Selasa.

Sebelum ini, Kementerian Luar pada 6 Mac mengumumkan bahawa Indonesia telah memutuskan untuk menggantung sebarang perbincangan berkaitan BoP susulan peningkatan ketegangan yang melibatkan Iran dan Amerika Syarikat-Israel pada 28 Feb lepas.

Nabyl menegaskan bahawa sebarang potensi penyertaan Indonesia dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) akan kekal sepenuhnya di bawah kawalan nasional dan mestilah berdasarkan mandat daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

-- BERNAMA

Must Watch Video