awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini lapan pengajaran dipelajari Singapura daripada COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2022
13:01 MYT
Ini lapan pengajaran dipelajari Singapura daripada COVID-19
Selepas kira-kira dua tahun dilanda pandemik COVID-19, Singapura mengakui banyak pengajaran yang diperoleh dan harus dipelajari susulan tempoh sukar itu. - Gambar fail
Selepas kira-kira dua tahun dilanda pandemik COVID-19, Singapura mengakui banyak pengajaran yang diperoleh dan harus dipelajari susulan tempoh sukar itu.
Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung mengenal pasti lapan pengajaran daripada COVID-19 dan akan terus dijadikan sebagai panduan dalam menghadapi krisis pandemik.
Lapan pengajaran itu adalah:
1. Pengajaran supaya sentiasa mengikuti sains. Ia berikutan pandemik adalah kuasa alam yang perlu ditangani dengan memahami virus dan merumuskan setiap respons dengan sewajarnya.
2. Sentiasa bersedia untuk mengubah pemikiran melalui pelarasan yang diperlukan ke atas garis panduan dan dasar.
3. Sentiasa bersedia untuk menggunakan semua peralatan yang ada.
4. Kebergantungan kepada tanggungjawab sendiri, menjadi pengajaran terbesar daripada pandemik. Ia berikutan akan sentiasa ada kumpulan minoriti yang tidak mahu bekerjasama dan polisi yang diwujudkan bagi mendapatkan kerjasama secara keseluruhan.
5. Sokongan daripada kakitangan kesihatan, di mana Singapura perlu menunjukkan solidariti dan menyokong mereka dalam melawan COVID-19.
6. Komunikasi secara jujur dan jelas sesama manusia kerana sikap berkenaan akan memastikan setiap orang menangani sesuatu situasi tidak dijangka dengan lebih baik.
7. Kepercayaan adalah tunjang kejayaan sebarang tindak balas dalam krisis.
8. Kepentingan kolaborasi antarabangsa kerana virus tidak mengenal sempadan, kaum dan agama.
BACA: COVID-19: Singapura longgarkan kawalan sempadan, namun ambil sikap berhati-hati
BACA: Sempadan darat Malaysia-Singapura dibuka bermula 1 April
Topic Berkaitan
#listicle
#pengajaran
#COVID-19
#Singapura
#Ong Ye Kung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan