Ini lima perkara yang anda perlu tahu mengenai koronavirus

Asyraf Roslan
Januari 23, 2020 09:00 MYT
Penduduk Wuhan yang seramai 11 juta itu tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung penularan virus tersebut, terutamanya pada musim perayaan ini. - Foto REUTERS/Aly Song
Selepas jangkitan influenza, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran koronavirus.
Penyebaran virus baharu yang bermula dari China itu menyebabkan masyarakat panik seterusnya diselubungi kebimbangan dengan kesihatan diri dan orang tersayang.
Bagaimanapun, sejauh mana kesedaran orang ramai mengenai virus baharu ini? Berikut lima perkara yang perlu anda ketahui mengenai virus membunuh itu.
1. Apa itu koronavirus? Bagaimana ia bermula?
Koronavirus merupakan radang paru-paru yang seakan sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Gejalanya yang boleh dilihat apabila individu mengalami demam, batuk dan sukar bernafas.
2. Adakah koronavirus akan berkembang dan menjadi wabak serius seperti SARS yang baharu?
Meskipun SARS mempunyai nisbah kemungkinan menyebabkan kematian sebanyak 11 peratus namun koronavirus dilihat kurang berbahaya kerana kebanyakan mangsa yang dijangkiti virus baharu itu berusia sekitar 60 tahun.
Namun pada masa yang sama, penyelidik percaya bahawa masih ada kes yang tidak dilaporkan .
Kajian yang dilakukan oleh Imperial College London percaya bahawa 1,700 orang telah dijangkiti virus tersebut namun tidak dilaporkan.
BACA: Kemaruk jamah daging ular berbisa punca koronavirus tersebar?
BACA : Angka kematian mangsa koronavirus baharu meningkat di China
BACA : China sertai perbincangan kecemasan susulan penularan koronavirus
3. Mudah dijangkiti melalui manusia.
Pengesahan mengenai penyebaran tersebut turut diakui oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dan pakar perubatan China
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan China percaya ia mungkin berpunca daripada haiwan.
4. Perlindungan kendiri boleh diambil dengan beberapa langkah
WHO menasihatkan supaya mengelakkan daripada berhubung secara terus dengan mereka yang mempunyai simptom-simptom koronavirus.
Pada masa sama, WHO menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka dan sarung tangan segera mendapatkan rawatan jika anda sukar untuk bernafas.
5. Koronavirus belum menyerang Malaysia
Tiada kes membabitkan coronavirus baharu dilaporkan di negara ini, namun kerajaan mengambil langkah siap sedia bagi menghadapi potensi penularan penyakit itu.
Buat masa ini virus tersebut telah merebak ke Beijing dan Wilayah Guangdong di selatan China, termasuk Thailand, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Taiwan dan juga Amerika Syarikat.
BACA : KKM tingkatkan saringan koronavirus baharu di KLIA - Boon Chye
BACA : Virus Wuhan: Singapura tingkatkan langkah berjaga-jaga
BACA : Koronavirus: Angka kematian meningkat 17, perintah kuarantin di Wuhan
Terbaharu China mencatat 17 angka kematian akibat wabak penyakit misteri koronavirus manakala lebih 540 lagi kes jangkitan turut disahkan di negara itu.
Susulan itu, pihak berkuasa China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan dan menggantung sementara semua perkhidmatan pengangkutan awam.
Penduduk Wuhan yang seramai 11 juta itu tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung penularan virus tersebut, terutamanya pada musim perayaan ini.
Ikuti penerangan Pakar Perunding Respiratori, Dr Helmy Haja Mydin untuk mengetahui lebih mendalam apakah itu Koronavirus.
#Amerika Syarikat #Beijing #China #Koronasvirus #Malaysia #Singapura #Taiwan #Thailand #WHO