awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang pulihkan dua projek RMKu terbengkalai tujuh tahun lepas
Bangladesh terima 14 pemerhati pilihan raya dari Malaysia
Malaysia dibelasah Afghanistan 7-0 di Piala Asia Futsal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif Bandar Hijau sasar tanam 2.1 juta pokok di Madinah

Agensi
Agensi
20/10/2025
23:50 MYT
Inisiatif Bandar Hijau sasar tanam 2.1 juta pokok di Madinah
Perbandaran Madinah melancarkan Inisiatif Bandar Hijau (Green City Initiative) bagi memperluas kawasan hijau, meningkatkan kualiti hidup penduduk serta menggalakkan kelestarian alam sekitar. - Gambar hiasan
RIYADH: Perbandaran Madinah melancarkan Inisiatif Bandar Hijau (Green City Initiative) bagi memperluas kawasan hijau, meningkatkan kualiti hidup penduduk serta menggalakkan kelestarian alam sekitar.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), inisiatif itu menyasarkan penanaman 2.1 juta pokok di seluruh Madinah sebagai usaha meningkatkan liputan tumbuh-tumbuhan, mengurangkan pelepasan karbon, menurunkan suhu persekitaran dan memperindah landskap bandar.
Langkah tersebut turut menumpukan kepada penggunaan sumber semula jadi secara optimum serta mempertingkat kesejahteraan masyarakat setempat.
Selaras dengan Inisiatif Hijau Saudi dan matlamat Wawasan 2030, projek itu menggunakan teknologi digital seperti penandaan pintar (smart tagging) bagi memantau pertumbuhan dan kesihatan pokok.
Inisiatif berkenaan juga bertujuan memperkukuh peranan Madinah sebagai peneraju bandar hijau, dengan memperluas kawasan tanaman di sepanjang jalan raya, taman serta kawasan kejiranan, di samping menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sukarelawan alam sekitar.
Selain menyumbang kepada keseimbangan ekologi, projek ini turut berhasrat memperkaya pengalaman pelancongan di kota suci itu dan menjadikan Madinah sebagai model bandar hijau lestari yang menggabungkan warisan Islam dengan matlamat kemampanan moden.
Topic Berkaitan
#Madinah
#Inisiatif Bandar Hijau
#Green City Initiative
#Inisiatif Hijau Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan