awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden pelancong cedera akibat tanduk rusa meningkat di Taman Nara, Jepun

Bernama
Bernama
15/11/2024
00:50 MYT
Insiden pelancong cedera akibat tanduk rusa meningkat di Taman Nara, Jepun
Menurut kerajaan, banyak kecederaan berlaku apabila pelancong menyentuh rusa selepas memberikan mereka keropok rusa, produk popular yang dijual di dalam Taman Nara. - Gambar hiasan/BERNAMA
NARA (Jepun): Insiden pelancong yang cedera akibat tanduk rusa jantan di Taman Nara, tempat terkenal dengan rusa yang berkeliaran bebas, telah meningkat baru-baru ini, mendorong pihak berkuasa Jepun untuk mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati, menurut Jiji Press.
Jumlah mangsa di taman yang terletak di bandar Nara, ibu kota wilayah yang sama, berjumlah 35 orang pada September, berbanding hanya lima orang pada tahun sebelumnya.
Rusa jantan cenderung menjadi lebih agresif semasa musim mengawan pada musim luruh, dan satu insiden maut berlaku bulan lepas di Wilayah Kyoto yang berdekatan.
Menurut kerajaan wilayah Nara, banyak kecederaan berlaku apabila pelancong menyentuh rusa selepas memberikan mereka keropok rusa, produk popular yang dijual di dalam taman itu.
Sepuluh orang dihantar ke hospital pada September, termasuk seorang yang mengalami pendarahan akibat tusukan sedalam beberapa sentimeter di paha.
Di bandar Fukuchiyama, Kyoto pada awal Oktober, seorang lelaki berusia 68 tahun ditemukan maut di kawasan sawah padi dengan pendarahan di dada.
Polis tempatan percaya mangsa telah ditusuk dengan tanduk rusa jantan liar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong cedera
#Taman Nara
#rusa tanduk pelancong
#rusa jantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan