Pihak berkuasa penerbangan Filipina memutuskan pada Jumaat untuk menutup landasan lapangan terbang Manila di mana sebuah pesawat penumpang Xiamen Airlines terbabas sebelum terkeluar dari landasan itu pada lewat malam Khamis, menyebabkan penerbangan dibatalkan serta lencongan ke lapangan terbang lain.
Pada awal pagi Jumaat, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA), yang mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) telah mengeluarkan kenyataan bersama.
Agensi berita China Xinhua melaporkan kenyataan pihak berkuasa menyebut bahawa pesawat jenis Boeing 737-800 itu telah terlibat dalam insiden "terkeluar dari landasan" tersebut pukul 11.55 malam waktu tempatan pada Khamis ketika mendarat.
Dalam kes membabitkan penerbangan MF8667 dari syarikat Xiamen Airlines, pihak berkuasa berkata ia terkeluar dari landasan dan terbabas ke kawasan berumput di lapangan terbang antarabangsa Manila selepas "satu pendekatan yang terlepas" susulan "hujan lebat."
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa semua penumpang dan kru pesawat Xiamen Airlines selamat.
Dalam sidang akhbar pada pagi Jumaat, MIAA dan CAAP berkata semua penumpang dan kru telah ditempatkan di sebuah hotel.
Pengurus Besar MIAA, Ed Monreal, berkata terdapat keperluan untuk membersihkan landasan itu daripada serpihan enjin dan gear pendaratan pesawat terbabit yang rosak.
Jurucakap CAAP, Eric Apolonio, berkata landasan yang terjejas akan ditutup buat sementara waktu sehingga pukul 4 petang pada Jumaat.
Sejumlah 12 penerbangan telah dibatalkan pada pagi Jumaat susulan insiden itu.
Beliau berkata pesawat itu masih berada di kawasan berumput berhampiran landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dan akan kekal di situ sehingga siasatan selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 17 2018
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa semua penumpang dan kru pesawat Xiamen Airlines selamat. - Foto REUTERS/Rudy Santos
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.
Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.
Mogok: Boeing tingkatkan tawaran gaji dan bonus
Boeing umum rancangan menyelesaikan mogok oleh kesatuan pekerja terbesarnya dengan tawaran baharu kenaikan gaji dan bonus.
Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur
Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.