REMAJA 14 tahun yang ditahan selepas insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand semalam dikatakan terlalu ‘keliru’ untuk disoal siasat.
Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol berkata, remaja tersebut mendakwa berbuat demikian selepas mendapat arahan daripada 'seorang lagi yang berupa dirinya'.
“Dia kata ada seorang lagi dirinya yang arahkan siapa untuk ditembak. Dia merupakan pesakit mental di Hospital Rajavithi dan dia tidak lagi mengambil ubat-ubatan yang diberikan kepadanya,” ujar Torsak.
Bagaimanapun, masih belum terjawab bagaimanakah suspek mampu mendapat akses terhadap senjata api berkenaan.
Torsak turut memberitahu yang kedua ibu bapa remaja itu telah dihubungi oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Thailand, Jojie Samuel berkata, tiada warganegara yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pula telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan situasi kembali reda apabila kawasan insiden telah dikosongkan.
"Mulai sekarang, kerajaan Thailand akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi untuk keselamatan semua pelancong," katanya dalam catatan di platform X.
Terdahulu, dua orang terbunuh, kedua-dua wanita dari China dan Myanmar, dan 5 yang lain cedera.
Angka tersebut kemudian telah dikemas kini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3 kematian. - Sinar Harian
Gempak
Wed Oct 04 2023
Remaja tersebut mendakwa berbuat demikian selepas mendapat arahan daripada 'seorang lagi yang berupa dirinya'. - Gambar/ Gempak
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Insiden Siam Paragon: Keluarga suspek mohon maaf
Pihak keluarga suspek amat sedih dan terkejut dengan kejadian berkenaan selain mengambil tanggungjawab terhadap insiden terbabit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Insiden Siam Paragon: Suspek tidak makan ubat mental, keliru disoal siasat - Polis
Remaja 14 tahun yang ditahan selepas insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand semalam dikatakan terlalu keliru untuk disoal siasat.
Insiden Siam Paragon: Suspek disyaki mengidap penyakit mental
Visual dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek dipercayai tidak melawan ketika ditahan pihak berkuasa.