awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran adakan perhimpunan prokerajaan ketika proses antikerajaan berterusan

Bernama
Bernama
12/01/2026
22:10 MYT
Iran adakan perhimpunan prokerajaan ketika proses antikerajaan berterusan
Seorang anggota Bassij berusaha memadamkan kebakaran di jalan raya ketika protes berhubung kejatuhan nilai mata wang, di Tehran, Iran, pada 8 Januari lalu. - Gambar Reuters
TEHRAN: Protes diadakan di beberapa kawasan di seluruh Iran pada Isnin bagi menyokong kerajaan, ketika demonstrasi antikerajaan memasuki hari ke-16 di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin buruk di negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
Di Tehran, orang ramai berkumpul di Dataran Enghelab, sebuah laluan utama yang sibuk berhampiran Universiti Tehran, sambil mengibarkan bendera Iran dan "mengecam keganasan baru-baru ini" di tempat awam, menurut wartawan Anadolu.
Penunjuk perasaan menggesa kerajaan menangani rungutan ekonomi sambil menolak apa yang mereka sifatkan sebagai "campur tangan asing" dalam hal ehwal dalaman Iran.
Perhimpunan turut dilaporkan berlaku di bandar lain, termasuk Kerman, Zahedan dan Birjand di timur Iran.
Perhimpunan prokerajaan pada Isnin itu diadakan ketika demonstrasi antikerajaan berterusan di pelbagai bahagian di negara tersebut.
Pegawai Iran menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyokong apa yang mereka sifatkan sebagai "perusuh bersenjata", yang telah melakukan beberapa serangan di tempat awam di seluruh negara.
Protes bermula bulan lepas di tengah-tengah keadaan ekonomi yang merosot dan penyusutan nilai mata wang negara, rial, yang mencatatkan rekod terendah kepada 145,000 berbanding dolar AS, sekali gus memacu kenaikan harga barangan keperluan.
Ketegangan itu berlaku di tengah-tengah hubungan yang meruncing antara Iran dan AS, dengan laporan menunjukkan bahawa Presiden Donald Trump, yang sebelum ini berikrar untuk "menyelamatkan" penunjuk perasaan Iran, sedang mempertimbangkan "beberapa pilihan untuk menyokong protes tersebut".
Menurut laman web berita AS, Axios pada Ahad, Trump dijangka bertemu pasukan keselamatan negaranya pada Selasa untuk membincangkan kemungkinan tindakan terhadap Iran.
Dalam satu perkembangan signifikan, Trump pada Ahad berkata, pihak berkuasa Iran telah menghubungi AS untuk meneroka potensi rundingan mengenai program nuklear negara itu.
"Maksud saya, satu pertemuan sedang diatur, tetapi kita mungkin perlu bertindak kerana apa yang berlaku sebelum mesyuarat itu. Namun, satu pertemuan sedang diatur. Iran telah menelefon. Mereka mahu berunding," kata Trump, yang membayangkan bahawa AS mungkin mempertimbangkan satu lagi pusingan tindakan ketenteraan sebelum sebarang rundingan dijalankan.
Sebagai tindak balas, Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf berikrar bahawa "pembela Iran" akan memberi "pengajaran yang tidak dapat dilupakan" kepada Presiden AS itu.
"Semua aset anda di rantau ini akan musnah. Kami akan mendisiplinkan pemerintah yang zalim," kata ahli politik konservatif itu dalam satu perhimpunan di Tehran.
Beberapa pegawai kanan Iran, termasuk Presiden Masoud Pezeshkian dan Menteri Luar, Abbas Araghchi, turut hadir pada perhimpunan tersebut.
Tiada angka rasmi mengenai mangsa yang terkorban dalam protes yang sedang berlaku, namun HRANA, sebuah kumpulan hak asasi yang berpangkalan di AS, menganggarkan angka kematian telah mencecah sekurang-kurangnya 544 orang, termasuk anggota keselamatan dan penunjuk perasaan, dengan lebih 1,000 lagi cedera.
HRANA turut melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 10,681 orang telah ditahan semasa protes di 585 lokasi di seluruh negara, termasuk 186 bandar di kesemua 31 wilayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Protes Iran
#antikerajaan
#Presiden Masoud Pezeshkian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami