Skip to main content

Malaysia

Johor umum bantuan khas kewangan Aidilfitri sebulan gaji

Onn Hafiz menerusi hantaran Facebook berkata bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing. - Gambar fail
Onn Hafiz menerusi hantaran Facebook berkata bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing. - Gambar fail
Advertisement

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak sebulan gaji kepada 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak negeri itu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook berkata bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing. 

“Kerajaan negeri berharap pemberian ini menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti dalam memacu Johor ke tahap lebih baik,” katanya.

Advertisement

Onn Hafiz berkata pemberian bantuan itu melibatkan 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 992 kakitangan badan berkanun negeri.

-- BERNAMA

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement