REPUBLIK Iran membenarkan penyiasat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akses untuk memantau program nuklearnya sehingga tiga bulan.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi, akses yang diberikan adalah terhad dan tidak terbuka.
"Akses yang diberikan adalah lebih terhad. Tetapi kita masih boleh teruskan aktiviti memantau dan mengesahkan kerja. Had ini masih boleh diterima.
"Seperti yang anda akan lihat, ia merupakan satu persetujuan sementara secara teknikal," katanya pada sidang media di Vienna pada Ahad.
Beliau ditanya berhubung perjanjian yang dimeterai IAEA bersama Tehran, susulan perbincangan dengan pegawai kanan Iran semasa lawatan yang dibuat beliau ke republik itu.
IAEA adalah organisasi antarabangsa yang mempunyai kuasa autonomi dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Harapan IAEA ialah untuk menstabilkan keadaan yang sangat tidak stabil, kata Grossi.
"Perjanjian secara teknikal ini dicapai supaya rundingan politik pada tahap lain boleh diteruskan, dan paling penting, kita tidak lagi bergerak dalam keadaan tidak tahu apa-apa," tambahnya.
Sementara itu, Menteri Luar Iran, Mohammad Java Zarif mengesahkan, republik itu tidak akan membenarkan IAEA mengakses rakaman kamera di loji nuklear mereka.
Pertemuan Grossi dengan pegawai kanan Iran berlangsung ketika Iran meneruskan tekanan ke atas blok Eropah dan pentadbiran Joe Biden untuk kembali merundingkan Perjanjian Nuklear 2015.
Astro Awani
Mon Feb 22 2021

Rafael Grossi bercakap kepada media setibanya dari Tehran, di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna di Schwechat, Austria, 21 Feb, 2021. REUTERS

AWANI Ringkas: MCA komited kekal bersama BN

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Petarung Rusia, Islam Makhachev menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan ketiga.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Seorang bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.

55 usahawan berjaya tingkat hasil jualan bawah program INSKEN - Wan Junaidi
Ia kejayaan INSKEN mempersiapkan usahawan dengan ilmu dan kemahiran yang relevan serta sesuai untuk mereka bersaing di dalam industri yang semakin mencabar.

Suhu di Bayan Lepas, George Town, KL, JB, Ipoh meningkat - Kajian
Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan Think City mendapati lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak beberapa dekad yang lalu.

COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Vaksin COVID-19 | 127,608 disuntik sehingga hari ke-12 PICK
Seramai 127,608 individu telah divaksin dalam tempoh 12 hari fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Ser Adham Baba daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.

Karya tempatan tidak dihargai, punca cetak rompak terus berleluasa - Megat Sharizal
Mungkin sudah tiba masanya Malaysia mengikut jejak langkah Iran dan Korea Selatan, dengan mengambil langkah drastik mengurangkan dan menyekat karya dari luar negara.

AS lancar serangan di Syria sasar militan
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.

Iran benarkan penyiasat IAEA pantau program nuklear
Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi, akses yang diberikan adalah terhad dan tidak terbuka.

Iran umum enggan beri kerjasama kepada IAEA
Tehran akan menghentikan untuk melaksanakan pendekatan ketelusan secara sukarela, di bawah protokol Perjanjian Nuklear 2015.

COVID-19: Kes positif global lebih 109.05 juta, korban 2.4 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 109.05 juta kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 106.7 juta, korban 2.33 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.15 juta kes.

Hapus sekatan jika mahu Iran patuh Perjanjian Nuklear - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin tertinggi Iran mendesak Amerika Syarikat menghapuskan semua sekatan jika mahu negara itu mematuhi komitmen di bawah perjanjian nuklearnya dengan kuasa dunia.

Keliru dan celaru COVID-19: Sikap mahu jadi orang pertama, punca sebaran berita palsu
Orang ramai perlu bertanggungjawab dalam setiap apa yang dikongsi selain cakna untuk menyemak segala informasi diterima.

Trump tamatkan larangan masuk untuk Schengen, UK, Brazil bermula 26 Jan
Trump menjelaskan negara terlibat memberikan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), berkongsi rekod ujian COVID-19 yang tepat serta terkini.

Mike Pompeo dakwa Iran ada hubungan dengan al-Qaeda
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo mendakwa Iran ada hubungan akrab dengan rangkaian al-Qaeda.