awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2025
00:20 MYT
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas. - Foto X/Iran Military
TEHRAN: Iran mendedahkan dron terbesar pernah dihasilkan, yang dinamakan ‘Gaza’, sebagai penghormatan kepada wilayah Palestin itu yang musnah akibat peperangan selama 15 bulan.
Menurut komander pasukan aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Amir Ali Hajizadeh, dron itu mampu membawa sehingga 12 bom dan akan digunakan untuk operasi di kawasan sempadan.
Beliau turut melakukan pemeriksaan ke atas dron tersebut bersama komander tertinggi IRGC, Mejar Jeneral Hossein Salami.
Jelasnya, kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
"Dalam bidang keselamatan, memastikan tahap keselamatan tinggi dalam negara adalah amat penting, terutamanya dalam mengawal sempadan.
"Sekiranya terdapat ancaman seperti pengganas, penyeludup, atau pelbagai isu lain, dron ini sangat berkesan dalam situasi sebegini," katanya.
Gaza, yang menjadi kediaman kepada 2.3 juta penduduk Palestin sebelum peperangan, kini hampir musnah sepenuhnya selepas lebih setahun pertempuran antara Israel dan Hamas.
Israel melancarkan kempen serangan di Gaza susulan dakwaan serangan Hamas pada 7 Oktober.
Dakwa rejim Zionis, serangan menyaksikan 1,200 orang terbunuh dan lebih 250 orang dijadikan tebusan.
Sementara di Gaza, lebih 47,000 rakyat Palestin terkorban.
Topic Berkaitan
#dron
#Gaza
#IRGC
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan