DUNIA
Iran: Hasan Rouhani angkat sumpah jawatan Presiden penggal kedua

Hasan Rouhani hadir pada majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden Iran di Parlimen di Tehran, Iran, 5 Ogos, 2017. President.ir/Handout via REUTERS
HASAN Rouhani pada Sabtu mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Iran untuk penggal kedua susulan kemenangannya dalam pilihan raya Mei lalu.
Majlis dihadiri lebih 100 delegasi asing termasuk 7 Presiden dan 18 Speaker Parlimen.
Bernama melaporkan, delegasi dari Malaysia ialah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Antara kenamaan lain termasuk Presiden Iraq Fuad Masum, Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan Ketua Dasar EU Federica Mogherini.
Sejak Revolusi 1979, Hasan memecah tradisi politik Iran apabila dipilih sebagai sebagai presiden sebanyak dua kali.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami