TEHRAN: Iran mengkritik Kanada kerana menyokong tindakan ketenteraan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu, dengan menggunakan analogi sukan hoki ais untuk menyindir hubungan rapat antara Ottawa dan Washington.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, menerusi hantaran di platform X menyifatkan Kanada sebagai “farm team” kepada AS, merujuk kepada pasukan pembangunan dalam hoki ais yang berfungsi melatih pemain untuk pasukan utama.
Baghaei mendakwa Kanada sering menerima tekanan daripada Washington, termasuk berhubung tarif ke atas barangan Kanada dan isu berkaitan asap kebakaran hutan, namun terus menyokong dasar AS.
“Washington memanggil Kanada sebagai negeri ke-51, mengenakan tarif ke atas barangan Kanada, menghina Kanada dan mengancam untuk menghukumnya kerana asap kebakaran hutan.
“Tetapi tindak balas Ottawa hanyalah, ‘Baik, Tuan!’,” katanya.
Washington calls Canada its 51st state;
Washington imposes tariffs on Canadian goods;
Washington insults Canada and threatens to punish it over wildfire smoke;
........
Ottawa’s response: Understood, Sir!
Meanwhile, Ottawa participates in the U.S.-led unlawful war of choice… pic.twitter.com/b0WWuuNaPJ— Esmaeil Baqaei (@IRIMFA_SPOX) August 16, 2026
Beliau turut mendakwa Kanada menyertai perang yang diketuai AS terhadap Iran bagi memuaskan hati Washington, sambil mempersoalkan manfaat yang diperoleh negara itu daripada sokongan berkenaan.
Kenyataan tersebut dibuat ketika ketegangan diplomatik antara Iran dan beberapa negara Barat terus memuncak susulan konflik yang melibatkan Tehran dan Washington.
Setakat ini, kerajaan Kanada belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagai respons terhadap kritikan yang dilontarkan oleh Iran.