ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah oleh Turkiye, Pakistan dan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Sangat gembira melihat Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan baru-baru ini, dan akhirnya menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah,” kata beliau menerusi platform Truth Social pada Ahad.
Trump berkata perjanjian itu menunjukkan bagaimana negara-negara di Asia Barat semakin bersatu dan akhirnya mampu mempertahankan diri dengan lebih berkesan.
“Tahniah kepada kepimpinan hebat ketiga-tiga negara berkenaan. Ini merupakan langkah pertama yang besar, berani dan penting - wow!” kata Trump.
-- BERNAMA-ANADOLU