Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Cuaca buruk jejas bekalan elektrik lebih 280,000 kediaman di AS

A resident carries supplies during Hurricane Lala in Hawaiian Ocean View, Hawaii, Saturday, Aug. 15, 2026. (Stephen Lam/San Francisco Chronicle via AP)
Seorang penduduk membawa bekalan keperluan ketika Taufan Lala melanda Ocean View, Hawaii. - Foto AP
Advertisement

MOSCOW: Lebih 280,000 kediaman di Hawaii dan Indiana, Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik pada Ahad akibat cuaca buruk, menurut data penjejak PowerOutage, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Setakat 4.24 petang GMT, seramai 151,503 pelanggan di Hawaii mengalami gangguan bekalan elektrik, terutama di daerah Hawaii, Honolulu dan Maui, susulan Taufan Lala.

Pada masa sama, gangguan bekalan elektrik turut menjejaskan 130,403 isi rumah di Indiana ketika beberapa kawasan di negeri itu dilanda banjir.

Terdahulu, Gabenor Hawaii Josh Green berkata lebih 60,000 pelanggan terputus bekalan elektrik ketika Taufan Lala melanda.

Sementara itu, Gabenor Indiana Mike Braun berkata Presiden AS Donald Trump berjanji menyokong permohonan beliau bagi pengisytiharan bencana persekutuan untuk membantu menangani keadaan itu.

Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC) sebelum ini memberi amaran bahawa hujan melebihi 60 sentimeter boleh melanda Hawaii, dengan risiko banjir dan tanah runtuh yang mengancam nyawa.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement