awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran lancar peluru berpandu balistik baharu

Bernama
Bernama
25/05/2023
14:07 MYT
Iran lancar peluru berpandu balistik baharu
Iran menegaskan bahawa program peluru berpandunya adalah untuk tujuan "keamanan" sambil mengekalkan had 2,000 kilometer pada peluru berpandunya dalam usaha menangani kebimbangan Barat. - Gambar West Asia News Agency/Handout via REUTERS
TEHRAN: TEHRAN, 25 Mei (Bernama-Anadolu) - Iran pada Khamis mendedahkan peluru berpandu balistik generasi baharu dengan jarak sejauh 2,000 kilometer (1,242 batu) dilengkapi kepala peledak seberat 1,500 kilogram (3,307 paun).
Peluru berpandu Kheibar, adalah versi terbaharu peluru berpandu balistik Khorramshahr yang dinaik taraf, kali pertama dilancarkan pada September 2017 dan dipuji sebagai satu kejayaan bagi program peluru berpandu Iran.
Peluru berpandu baharu, versi keempat Khorramshahr, direka organisasi aeroangkasa Kementerian Pertahanan Iran, menurut Agensi Anadolu memetik media kerajaan.
Ia didedahkan di hadapan Menteri Pertahanan Iran Mohammad Reza Ashtiani.
Peluru berpandu yang paling menonjol dalam senjata Iran termasuk Emad, Fajr-3, Ashoora, Ghadr-110, Khorramshahr, Sejjil, dan Shahab-3.
Kheibar dilengkapi dengan enjin bahan api cecair tercanggih dan mengurangkan saiznya sebanyak 13 meter (43 kaki) mencipta keupayaan taktikal.
Menurut pakar ketenteraan, apa yang membezakan Kheibar daripada peluru berpandu lain adalah ketepatannya dalam mengesan sasaran dan menyesuaikan trajektorinya di luar atmosfera bumi dan menyahaktif sistem panduannya untuk memasuki atmosfera bagi mengelak daripada dipintas oleh sistem pertahanan udara.
Julat yang lebih besar, saiz yang lebih kecil, ketepatan yang lebih tinggi, dan sistem bimbingan dan kawalan yang canggih membezakannya daripada peluru berpandu lain di rantau ini, menurut pakar ketenteraan.
AS dan sekutunya sering menyuarakan kebimbangan mengenai sistem peluru berpandu Iran, dan telah mengenakan pelbagai sekatan yang menyasarkan industri peluru berpandu negara itu.
Iran menegaskan bahawa program peluru berpandunya adalah untuk tujuan "keamanan" sambil mengekalkan had 2,000 kilometer pada peluru berpandunya dalam usaha menangani kebimbangan Barat.
Pada Februari, Ketua Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Jen Hossein Salami berkata negara itu merancang untuk membangunkan peluru berpandu jelajah supersonik dan hipersonik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IRGC
#peluru berpandu
#supersonik
#sistem bimbingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan