Skip to main content

Dunia

Iran tegaskan tidak akan berunding dengan AS selepas pembunuhan Khamenei

51585878926_AliLarijani.jpg
Ali Larijani (foto) memberi amaran bahawa rakyat dan anggota tentera AS akhirnya akan menanggung akibat daripada keputusan tersebut. -Gambar fail

TEHRAN: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani, menegaskan bahawa Tehran tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan serangan yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Kenyataan itu dibuat melalui platform X, sebagai respons terhadap laporan media Barat mengenai dakwaan usaha rundingan baharu.

Advertisement

 

 

Ali Larijani dalam kenyataannya menafikan laporan The Wall Street Journal yang mendakwa beliau cuba menghidupkan semula rundingan nuklear melalui perantara Oman, sambil menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas.

Beliau menegaskan pendirian Iran kekal teguh untuk tidak berurusan dengan Washington, yang menurutnya telah mencetuskan ketidakstabilan besar di Timur Tengah menerusi tindakan ketenteraan agresif.

Beliau turut menyelar Presiden Donald Trump, menuduh pemimpin itu menggadaikan nyawa tentera AS demi kepentingan Israel, selain mendakwa dasar “Israel First” Trump mendorong Washington ke arah tindakan ketenteraan yang membakar rantau berkenaan.

 

Ali Larijani memberi amaran bahawa rakyat dan anggota tentera AS akhirnya akan menanggung akibat daripada keputusan tersebut. 

Beliau menambah bahawa Iran akan terus mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk pencerobohan, sekali gus menutup rapat ruang spekulasi mengenai kemungkinan rundingan baharu dengan AS dalam masa terdekat.

Must Watch Video