awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq kemuka aduan kepada PBB susulan serangan Iran ke atas bandar Erbil

Bernama
Bernama
17/01/2024
10:45 MYT
Iraq kemuka aduan kepada PBB susulan serangan Iran ke atas bandar Erbil
Kementerian Luar Iraq memaklumkan bahawa aduan itu difailkan kepada setiausaha agung PBB dan presiden Majlis Keselamatan. - Gambar fail/PBB
BAGHDAD: Iraq mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas bandar Erbil di Kurdistan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita Iraq INA pada Rabu.
Kementerian Luar Iraq memaklumkan bahawa aduan itu difailkan kepada setiausaha agung PBB dan presiden Majlis Keselamatan.
"Pencerobohan itu dianggap sebagai pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Iraq dan keselamatan rakyat Iraq," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pada Selasa, Iraq memanggil kuasa usaha Iran di Baghdad untuk menyatakan bantahan terhadap serangan itu.
Letupan kuat menggegarkan wilayah autonomi Kurdistan pada Isnin.
Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) kemudian dilaporkan berkata mereka menyerang sasaran di utara Iraq dan Syria dengan peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap serangan pengganas di Iran baru-baru ini.
Perdana Menteri Kurdistan Masrour Barzani berkata beberapa orang awam terbunuh dan cedera dalam serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan iran
#Iraq failkan aduan
#bandar Erbil
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan