awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq lancar visi pembangunan 2050, kurangkan kebergantungan minyak

Bernama
Bernama
21/09/2025
02:40 MYT
Iraq lancar visi pembangunan 2050, kurangkan kebergantungan minyak
AL-SUDANI: Iraq berhasrat dalam dekad akan datang untuk bebas daripada kebergantungan minyak, dengan ekonomi yang pelbagai dan stabil. - Facebook al-Sudani
BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani pada Sabtu mengumumkan pelancaran visi pembangunan negara, sambil menegaskan bahawa negara itu "tidak boleh terus bergantung hanya kepada bahan api fosil sebagai tonggak ekonomi nasionalnya."
Menurut kenyataan Pejabat Media al-Sudani, perdana menteri menghadiri majlis pelancaran "Iraq Vision 2050 for Development and the Future", yang turut disertai pegawai kanan kerajaan, diplomat serta wakil sektor swasta, lapor Xinhua.
Visi berkenaan bertujuan mempelbagaikan ekonomi Iraq, mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan meningkatkan penyertaan sektor swasta melalui pembaharuan struktur, menurut kenyataan itu.
Antara projek utama ialah menjadikan Iraq sebagai hab transit bagi 20 peratus perdagangan Asia-Eropah melalui Al-Faw Grand Port dan projek Development Road, yang dijangka mewujudkan 1.5 juta pekerjaan.
Visi itu turut menyasarkan 70 peratus tahap sara diri dalam makanan, air dan tenaga melalui inisiatif hijau lestari, dan peta jalan pembangunan bagi visi itu akan dikemukakan kepada Majlis Menteri untuk kelulusan.
Ketika transformasi teknologi dan kecerdasan buatan sedang merubah ekonomi global, "Iraq berhasrat dalam dekad akan datang untuk bebas daripada kebergantungan minyak, dengan ekonomi yang pelbagai dan stabil," kata al-Sudani.
"Wawasan Iraq 2050 mewakili orientasi nasional yang menyatukan, dengan penyertaan institusi kerajaan, sektor swasta, universiti, masyarakat sivil serta golongan belia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iraq
#Wawasan Iraq 2050
#Mohammed Shia' al-Sudani
#Perdana Menteri Iraq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan