Skip to main content

Dunia

IRGC dakwa Israel guna peluru berpandu balistik dilancar dari udara

Smoke billows from southern Lebanon following an Israeli strike, as seen from Nabatieh, Lebanon, June 6, 2026. REUTERS/Stringer
Gelombang terbaru pertempuran itu turut meningkatkan ketegangan serantau, dengan beberapa negara dilaporkan mengetatkan sekatan ruang udara sebagai langkah berjaga-jaga.

KOR Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa Israel menggunakan peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari udara dalam serangan ketenteraan terbaharu ke atas wilayah Iran.

Memetik laporan media berkaitan kerajaan Iran, dakwan itu dibuat ketika ketegangan antara kedua-dua negara semakin memuncak susulan siri serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, yang kemudian dibalas dengan serangan udara Israel terhadap sasaran ketenteraan di Iran.

Pihak berkuasa Israel setakat ini belum mengulas dakwaan spesifik IRGC berhubung jenis peluru berpandu yang digunakan.

Namun, Israel sebelum ini mengesahkan ia melancarkan serangan ke atas fasiliti ketenteraan Iran di bahagian barat dan tengah negara itu sebagai tindak balas terhadap serangan terdahulu.

Gelombang terbaru pertempuran itu turut meningkatkan ketegangan serantau, dengan beberapa negara dilaporkan mengetatkan sekatan ruang udara sebagai langkah berjaga-jaga.

Must Watch Video

Advertisement