KUALA LUMPUR: Kerajaan Israel dijangka akan menggunakan taktik menyerang balas dengan niat untuk ‘mematikan’ Pejuang Hamas dan Briged Al-Qassam, atau ‘memusnahkan’ kelengkapan pihak lawan mereka.
Media antarabangsa melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk membanjiri kawasan Selatan, yang terdahulu sempadannya berjaya dilepasi tentera dari Palestin.
Namun Pakar Keselamatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Mohd Mizan Mohammad Aslam berpandangan, Israel dan media-media barat akan lebih banyak memaparkan gambar-gambar yang didakwa terhasil daripada ‘kekejaman’ Palestin, demi meraih simpati dunia.
“Tidak ada istilah maaf atau untuk meneutralkan kawasan itu, dengan menangkap, membuat penahanan atau rehab, atau deradikalisasi … tiada dalam istilah tentera mereka.
“Memang trend serangan (dan pattern) oleh pihak Israel sebelum ini, mereka execute, masuk, bunuh dan hancurkan semahunya. Kita akan melihat selepas ini media yang dimainkan barat yang dikawal oleh konglomerat Yahudi ini akan menunjukkan gambar untuk meraih simpati dunia, akan tunjukkan betapa jahatnya Hamas dan sebagainya.
“Sedangkan apa yang berlaku ketika ini, bagaimana sabarnya pejuang ini dari semasa ke semasa, berapa ramai dinafikan hak untuk bersembahyang di Masjid Al-Aqsa, tembakan atau serangan yang dilakukan Tentera Israel, dengan memakai kasut ke dalam masjid dan sebagainya,” tambahnya.
Terdahulu agensi rasmi Palestin, WAFA, melaporkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebagai berkata, rakyatnya mempunyai hak untuk melindungi diri dan negara daripada ancaman luar, termasuk tindakan menakut-nakutkan penduduk Palestin serta pemilikan tanah secara haram.
BACA LAPOR LANGSUNG, PERANG PALESTIN-ISRAEL DI SINI
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Ramallah, dengan beberapa pemimpin kanan dan pihak berkuasa Palestin.
Dalam pada itu, Mohd Mizan berkata, dari segi perbandingan taktikal, Israel nyata mempunyai kelebihan kerana tentera mereka disokong oleh kelengkapan peralatan perang yang berteknologi tinggi, berbanding Palestin.
“Dari segi perbandingan tactical, Israel menggunakan satu taktik terus, iaitu buat serangan dan mereka ada segala bentuk kelengkapan, dan perlindungan yang menyebabkan kematian di pihak mereka ini amat rendah.
“Berbanding dengan pejuang Hamas atau Mujahideen ini, mereka adalah golongan yang tidak mempunyai kelengkapan yang sangat hebat, maju dan sebagainya, yang akan sebabkan mereka sering jadi mangsa dalam serangan atau pertempuran yang berlaku,” katanya lagi.
Setakat jam 6 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 22 rakyat Israel telah terbunuh serta ratusan tercedera, manakala puluhan tentera Israel dilaporkan telah ditangkap oleh pejuang Hamas dan Al-Qassam.
Awal hari ini, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif dilaporkan sebagai berkata, Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.
Astro Awani
Sat Oct 07 2023
Israel dan media barat akan lebih banyak memaparkan gambar yang didakwa terhasil daripada kekejaman Palestin, demi meraih simpati dunia, kata penganalisis. - fotoREUTERS
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Tentera Israel serang lebih 250 sasaran ketenteraan di Syria
Sumber keselamatan Israel memberitahu tentera negara itu telah melaksanakan salah satu operasi serangan terbesar dalam sejarah tentera udara mereka di Syria.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Bekas Menteri Pertahanan Israel beri amaran pembersihan etnik di Gaza
Kabinet kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dikatakan sedang mencari jalan mengeluarkan rakyat Palestin dari utara Gaza.
Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Netanyahu sedia terima gencatan senjata di Gaza, tetapi bukan penamat perang
Gencatan senjata di Gaza buka peluang pembebasan tawanan dan Israel masih berhasrat meneruskan perang dengan Hamas.
Mungkin kena Perang Dunia Ketiga baru Netanyahu dihukum - Penganalisis
Hanya Perang Dunia Ketiga yang mampu membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu
Israel "menafikan kuasa" ICC dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.