awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netflix perluas penstriman permainan video, lancar antara muka baharu tahun ini
APAD bina pangkalan data pemandu bas, lori
Nothing acah perubahan logo baharu, bakal tinggalkan rekaan titik ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel berterusan serang Gaza ketika gencatan senjata masih berkuat kuasa

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2026
10:10 MYT
Israel berterusan serang Gaza ketika gencatan senjata masih berkuat kuasa
Serangan artileri dikesan menghentam timur Khan Younis di selatan Gaza, manakala tembakan meriam turut mengenai kawasan kem pelarian Bureij. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Tentera Israel dilapor meneruskan serangan meriam serta tembakan helikopter tempur di beberapa bahagian Gaza meskipun gencatan senjata di antara Israel dan Hamas masih berkuat kuasa sejak Oktober 2025.

Ringkasan AI
  • Tentera Israel meneruskan serangan meriam dan tembakan helikopter tempur di beberapa bahagian Gaza, meningkatkan tekanan ke atas penduduk yang berdepan krisis kemanusiaan.
  • Serangan terbaharu menyasarkan kawasan utara, tengah, dan selatan Gaza, dengan pelbagai lokasi terkena sasaran.
  • Sekurang-kurangnya 483 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 169 kanak-kanak dan 64 wanita sejak gencatan senjata dikuatkuasakan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut wartawan Al-Jazeera di lapangan, serangan terbaharu itu menyasarkan kawasan utara, tengah dan selatan Gaza, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas penduduk yang masih berdepan krisis kemanusiaan berpanjangan.
Serangan artileri dikesan menghentam timur Khan Younis di selatan Gaza, manakala tembakan meriam turut mengenai kawasan kem pelarian Bureij di bahagian tengah wilayah berkenaan.
Dalam insiden berasingan, sebuah helikopter tempur Israel melepaskan tembakan berhampiran Deir el‑Balah, berdasarkan maklumat saksi yang melaporkan pergerakan pesawat pada ketinggian rendah.
Di utara Gaza, penduduk memaklumkan bahawa jentera tentera Israel melakukan operasi pemusnahan struktur kediaman di Beit Lahiya, langkah yang didakwa bertujuan meluaskan zon kawalan keselamatan.
Media antarabangsa sebelum ini turut merekodkan corak serangan serupa di beberapa lokasi lain sejak akhir 2025.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan sekurang‑kurangnya 483 penduduk Palestin terbunuh sejak gencatan senjata dikuatkuasakan.
Daripada jumlah itu, 169 merupakan kanak‑kanak manakala 64 adalah wanita, menunjukkan kadar korban semakin meningkat walaupun perjanjian gencatan masih belum ditamatkan secara rasmi.
Serangan berterusan turut mengakibatkan ratusan lagi cedera dalam tempoh sama.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat antarabangsa, khususnya badan-badan kemanusiaan yang memberi amaran bahawa pelanggaran gencatan senjata secara berulang bukan sahaja meningkatkan risiko konflik kembali memuncak, tetapi turut menyukarkan operasi bantuan yang amat diperlukan.
Gaza kini berdepan kekurangan bekalan makanan, air bersih dan rawatan kesihatan, keadaan yang semakin kritikal berikutan serangan berterusan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah penduduk Palestin yang terbunuh sejak gencatan senjata dikuatkuasakan? A: Sekurang-kurangnya 483 penduduk Palestin terbunuh, termasuk 169 kanak-kanak dan 64 wanita.
  • Q: Apakah kesan serangan berterusan Tentera Israel terhadap penduduk Gaza? A: Penduduk Gaza menghadapi tekanan dan krisis kemanusiaan yang semakin meningkat disebabkan oleh serangan berterusan Tentera Israel.
  • Q: Apakah yang menyebabkan kebimbangan badan-badan kemanusiaan antarabangsa? A: Badan-badan kemanusiaan antarabangsa bimbang bahawa pelanggaran gencatan senjata oleh Tentera Israel akan menyukarkan operasi bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan di Gaza.

Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#serangan meriam
#tembakan helikopter tempur
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami