Skip to main content

Dunia

Israel dakwa bunuh Komander Briged Al-Qassam dalam serangan udara di Gaza

Menurut kenyataan rasmi tentera Israel, serangan itu dilancarkan lewat petang Selasa berdasarkan maklumat perisikan mengenai lokasi pemimpin tentera berkenaan. -Foto IDF
Menurut kenyataan rasmi tentera Israel, serangan itu dilancarkan lewat petang Selasa berdasarkan maklumat perisikan mengenai lokasi pemimpin tentera berkenaan. -Foto IDF

Advertisement

Advertisement

GAZA: Tentera Israel mendakwa telah membunuh ketua sayap tentera Hamas, Mohammed Odeh, dalam satu serangan udara di utara Gaza.

Menurut kenyataan rasmi tentera Israel, serangan itu dilancarkan lewat petang Selasa berdasarkan maklumat perisikan mengenai lokasi pemimpin tentera berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini pihak Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengesah atau menafikan dakwaan kematian komander tertingginya itu.

Advertisement

Laporan mengenai serangan itu mula disiarkan media Israel sebelum disusuli pengumuman rasmi oleh jurucakap tentera.

Mohammed Odeh dilaporkan baru dilantik sebagai komander sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam, pada Mei tahun ini.

Advertisement

Beliau menggantikan Izz al-Din al-Haddad yang dilaporkan terkorban dalam serangan udara sebelum ini.

Situasi di Semenanjung Gaza kekal tegang dengan serangan berterusan di beberapa kawasan utara dan selatan ketika rundingan gencatan senjata antarabangsa masih belum mencapai kata sepakat.

 

Must Watch Video

Advertisement