TEHRAN: Situasi di Asia Barat semakin meruncing susulan laporan serangan siber besar-besaran yang menyasarkan infrastruktur digital Iran, termasuk aplikasi waktu solat popular, BadeSaba.
Aplikasi tersebut dilapor telah digodam untuk menghantar notifikasi dalam bahasa Parsi yang menggesa anggota keselamatan Iran meletak senjata.
Advertisement
Mesej berkenaan turut mengajak mereka menyertai "pasukan pembebasan" dengan tawaran pengampunan.
Selain aplikasi, laman web rasmi BadeSaba serta beberapa portal kerajaan dan media Iran turut mengalami gangguan serupa. Penganalisis keselamatan siber menyifatkan gelombang serangan ini sebagai strategi untuk melumpuhkan koordinasi respons Tehran.
Sejurus selepas insiden itu, pemantau bebas melaporkan gangguan internet besar-besaran di Iran, dengan tahap ketersambungan merosot drastik sehingga 4 peratus daripada paras normal.
Meskipun laporan mengaitkan operasi siber ini dengan pihak Israel, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa.