Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Samalaju kekal satu-satunya kawasan berstatus tidak sihat setakat 11 pagi

Di Sarawak, kebanyakan stesen lain berada dalam kategori sederhana dengan Bintulu merekodkan bacaan tertinggi sebanyak 94, diikuti IPD Serian (88), Sibu (83), Sri Aman (81), Samarahan (80), Kuching (79) dan Sarikei (75). -Gambar fail/Bernama
Di Sarawak, kebanyakan stesen lain berada dalam kategori sederhana dengan Bintulu merekodkan bacaan tertinggi sebanyak 94, diikuti IPD Serian (88), Sibu (83), Sri Aman (81), Samarahan (80), Kuching (79) dan Sarikei (75). -Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu negara kekal terkawal setakat jam 11 pagi dengan Samalaju di Sarawak menjadi satu-satunya lokasi yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Samalaju mencatat bacaan IPU 151 dan kekal dalam kategori tidak sihat sejak awal pagi ini.

Di Sarawak, kebanyakan stesen lain berada dalam kategori sederhana dengan Bintulu merekodkan bacaan tertinggi sebanyak 94, diikuti IPD Serian (88), Sibu (83), Sri Aman (81), Samarahan (80), Kuching (79) dan Sarikei (75).

Di Semenanjung, kualiti udara berada pada tahap baik dan sederhana. Batu Muda di Kuala Lumpur mencatat bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 88, diikuti Batu Pahat (82) dan Kluang (81) di Johor.

Seremban merekodkan bacaan 71, manakala Johan Setia di Selangor mencatat bacaan 70 dan Nilai 68.

Bagi kawasan dalam kategori baik, Tanah Merah di Kelantan mencatat bacaan tertinggi pada paras 49, diikuti Banting di Selangor (47).

Sungai Petani di Kedah dan Kota Bharu di Kelantan masing-masing merekodkan bacaan 45, manakala Tanjung Malim di Perak mencatat bacaan 44.

Langkawi di Kedah dan Balik Pulau di Pulau Pinang terus merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan masing-masing mencatat bacaan IPU 16.

Must Watch Video

Advertisement