INTERNATIONAL
Israel keluar arahan pemindahan paksa di selatan Gaza, ancam 'serangan luar biasa'

Israel mengeluarkan arahan pemindahan paksa baharu kepada penduduk di Khan Younis, Bani Suhaila, Abasan dan al-Qarara di selatan Gaza. -X
GAZA: Israel mengeluarkan arahan pemindahan paksa baharu sebentar tadi bagi penduduk di Khan Younis, Bani Suhaila, Abasan dan al-Qarara di selatan Gaza, ketika serangan udara dan darat semakin meningkat.
Ringkasan AI
- Israel mengeluarkan arahan pemindahan paksa baharu kepada penduduk di Khan Younis, Bani Suhaila, Abasan dan al-Qarara di selatan Gaza, sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan besar-besaran.
- Penduduk diarahkan berpindah ke kawasan al-Mawasi yang digelar zon selamat, namun kawasan itu sendiri telah beberapa kali menjadi sasaran serangan, menimbulkan kebimbangan organisasi kemanusiaan.
- Serangan udara dan darat yang semakin meningkat telah menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, dan pihak berkuasa tempatan serta badan antarabangsa terus menggesa gencatan senjata segera.
Bagaimanapun, kawasan al-Mawasi, yang digelar sebagai zon selamat, telah beberapa kali menjadi sasaran serangan udara Israel, menyebabkan kebimbangan dalam kalangan organisasi kemanusiaan yang menegaskan bahawa tiada tempat yang benar-benar selamat di Gaza.
Arahan pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi ketenteraan besar-besaran Israel yang telah menyebabkan ribuan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.
Pihak berkuasa tempatan dan badan antarabangsa terus menggesa gencatan senjata segera bagi menghentikan penderitaan rakyat Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami